Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera semua untuk yang masuk dan lihat blog aku ni terima kasih diucapkan kerana sudi singgah di blog yang tak sampai setahun jagung haa.
Jadi untuk permulaan ni nak cerita sedikit dan tak sebanyak manalah pasal aku dan keluarga aku ni.
Nama aku seperti Muhammad Hasrizzat Hashim boleh panggil Izat, Ejoi, CheAh,Ijat ini semua gelaran yang aku dapat dari mula aku sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, zaman belajar di universiti sampai lah kerja.
Aku merupakan graduan lulusan bidang Diploma Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar dan sekarang telah bekerja sebagai "CSO" Customer Service Officer di Affinbank. Alhamdulillah aku antara yang dipermudahkan rezeki kerana tak perlu menganggur untuk mendapat pekerjaan yang sama dalam bidang yang diambil ini semua berkat doa IBU AYAH aku yang mendoakankan setiap kejayaan anak-anaknya.
Kini dalam masa sama aku melanjutkan pelajaran secara pengajian jarak jauh di Universiti Utara Malaysia kampus Kuala Lumpur dalam bidang yang sama juga iaitu Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam.
Ayah aku Hashim Ali merupakan seorang pegawai memerintah TLDM yang kini masih lagi berkhidmat dan telah menjangkaui 34tahun perkhidmatan. Seorang yang tegas namun baik dalam mendidik anak-anak dan dari permerhatian aku sendiri ayah aku antara yang terbaik kerana ketegasannya itu telah membuka jalan dan ruang untuk aku dan adik-adik aku berjaya.
Mama aku Hasnah Mohd Shaari seorang ibu dan surirumah sepenuh masa. Kuat merajuk tak boleh di nafikan lagi. Mama adalah seorang ibu yang sangat mengambil berat tentang kejayaan anak-anak dia sebab kejayaan anak-anak ini adalah kunci utama untuk hati dia tak berasa susah hati sekiranya anak-anak dia berjaya. menjadi penenang keluarga penasihat utama keluarga dikala ditimpa masalah dan jugak pendengar yang baik ketika anak-anak merungut akan sesuatu. Mama yang terbaik untuk aku dan adik-adik aku.
Ringkasan untuk adik-beradik aku yang pertama Kakak aku Haslinda Hashim kini telah berkerja sebagai projek kordinator di MRCB Kuala Lumpur. Adik Kedua Hasmirulnaim Hashim *tiada dalam gambar kerna merupakan salah seorang anggota paskal TLDM jadi identiti perlu dirahsiakan oleh faktor keselamatan. Adik ketiga Hasifuddin Hashim masih lagi belajar di UPNM dalam bidang sains perubatan merupakan bakal doktor tentera. Yang terakhir sekali adik kesayang bongsu aku Hasnuralif yang masih bersekolah di tingkatan 3. Sekian.

No comments:
Post a Comment